Monday, 26 March 2012

'TOLONG DENGAR ARAHAN'

MACAM nilah tugasan harian sebagai guru.. tugasan aku sebagai guru.
Kalau boleh biar sampai keluar semua anak tekak, biji mate sume..

Geram yang amat sangat bila murid xnak dengar cakap dan arahan,,
sampaikan terkeluar perkataan: " KALAU XNAK BELAJAR XPAYAH DATANG SEKOLAH, MENYUSAHKAN ORANG LAIN JE"

Bila marah itulah yang jadi, cepat2 aku istighfar semula.. sebab perkataan tu boleh jadi satu ancaman dan boleh jadi satu galakan buat murid2 yang kita mengajar.. rasa bersalah..

Seperti dalam kitab TAZKIYATUNNAFS karangan syeikh said hawa ada mengatakan bahawa antara elemen pertama dan utama sebelum belajar ialah membersihkan diri kita. sebab tu diletakkan taharah bab pertama dalam kitab2 syariah dan hadis..

taharah penting. ia untuk mengelakkan kita disimbahi najis atau khaba is. ianya percikan dan simbahan oleh syaitan yang direjam. oleh itu, kalau kita nak murid dengar cakap kita, bersihkan mereka dahulu sebelum belajar dengan hati yang bersih, permulaan dengan bismillah dan doa belajar. hayatinya, bukan sekadar di bibir.. begitu juga buat guru, bersihkan diri sebelum mengajar.

peringatan juga buat diri~ Allahuakram.